Langkau ke kandungan

Perintis inovasi dan teknologi bahan pelincir

Kuasa inovatif tahap tinggi merupakan pemacu utama model perniagaan FUCHS. FUCHS memaparkan kecemerlangan kerana melebihi kelajuan biasa industri dari segi inovasi dan pengkhususan tahap tinggi. Matlamatnya adalah untuk terus membangunkan potensi pelincir; iaitu meningkatkan kecekapan serta melanjutkan kitar hayat produk, membangunkan pelincir pelbagai fungsi dan produk inovatif untuk keperluan teknikal dan kawal selia yang baru sekali gus menambahbaik kecekapan tenaga, proses dan kos. Dalam pada itu, kami komited kepada matlamat kelestarian dan cita-cita untuk membangunkan penyelesaian pelincir yang menyumbang kepada pemeliharaan sumber-sumber dan alam persekitaran.

Penekanan yang besar ditujukan kepada penyelidikan dan pembangunan di Kumpulan FUCHS. FUCHS kini mempunyai lebih daripada 600 projek penyelidikan dan pembangunan yang berterusan dan bertujuan untuk menilai potensi teknologi baru seperti nanoteknologi atau pelincir kuantiti minimum. Projek-projek ini disokong oleh kira-kira 400 jurutera dan ahli sains di 25 lokasi makmal di serata dunia. Kira-kira 10 % daripada pekerja makmal bekerja di bidang penyelidikan dan pembangunan – dan FUCHS terus melabur dalam melanjutkan perkembangan keupayaan teknikal dan kakitangan mereka. Pusat Teknologi ultra moden di ibu pejabat Mannheim menyelaraskan jaringan pakar dari seluruh dunia, menggabungkan kepakaran dan menyokong pemindahan pengetahuan tentang keperluan global.

Contact
+49 (0) 621-3802-0