Langkau ke kandungan

FUCHS compliance management system

Sistem pengurusan pematuhan FUCHS

Sebagai sebuah kumpulan pelincir yang beroperasi secara global dengan aktiviti dalam pelbagai bidang urusniaga, FUCHS sentiasa terdedah kepada persaingan. Kami menghadapi persaingan ini tanpa sebarang batasan. Bagi kami, persaingan adil merupakan asas integriti dan kemajuan; ia memberikan pilihan dan peluang pembangunan di pasaran.

Tindakan setiap pekerja FUCHS mesti dibimbing oleh kepatuhan terhadap undang-undang semasa. Pihak pengurusan dan para pekerja, tanpa pengecualian, dimohon untuk mematuhi, sebagai sebahagian daripada aktiviti kerja mereka, undang-undang yang terpakai, garis panduan dan standard sosial, tidak kira jika ianya peraturan antarabangsa atau tempatan. Kelakuan yang menyalahi undang-undang menimbulkan risiko kerosakan imej kami; ia menjejaskan kedudukan kami di pasaran dan mungkin memudaratkan keadaan ekonomi syarikat kami.

Pada tahun 2004, FUCHS menerbitkan Tatakelakuan yang menetapkan, antara piawaian lain, prinsip-prinsip persaingan saksama, ketelusan dan integriti. Tadbir Urus Korporat dan Pematuhan ditugaskan secara langsung kepada Lembaga Pengarah. Sistem Pengurusan Pematuhan FUCHS termasuk seorang Ketua Pegawai Pematuhan dan sebuah organisasi pematuhan yang menyokong dan memberi bimbingan kepada pekerja kami di seluruh dunia. Setiap unit tempatan ditugaskan dengan seorang pegawai pematuhan.

Versi dipinda ketiga Tatakelakuan yang telah dikeluarkan semula pada tahun 2016 serta garis panduan yang berkenaan dengan bahagian pematuhan yang paling utama, termasuk tetapi tidak terhad kepada antirasuah dan persaingan, merupakan kerangka tindakan yang wajib dipatuhi bagi memastikan bahawa tindakan setiap orang pada setiap masa mematuhi undang-undang dan menurut prinsip-prinsip beretika. Di samping inisiatif ini adalah maklumat dan langkah-langkah latihan, analisis konsisten dan hukuman untuk pelanggaran peraturan pematuhan, talian pematuhan, pelaporan pematuhan yang tetap dan juga audit pematuhan yang berdedikasi.


Komunikasi Pematuhan FUCHS

Berkuatkuasa dari 15 September 2014, FUCHS melancarkan sistem pelaporan berasaskan internet yang dinamakan Komunikasi Pematuhan FUCHS. Sistem ini berdasarkan penyelesaian terpiawai pembekal perkhidmatan iaitu Business Keeper AG yang memenuhi piawai keselamatan IT yang tertinggi. Ia membolehkan pengguna untuk menghuraikan pemerhatian beliau secara terperinci dan untuk memulakan dialog bersama Pegawai Pematuhan. Jika dikehendaki, pengguna boleh kekal tanpa nama sepangjang proses dijalankan.

Pengguna diberi jaminan bahawa FUCHS tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam dokumentasi data peribadi. Tiada pautan ke sistem pelaporan dimasukkan dalam laman web, dengan itu menghalang penjejakan. Untuk mengakses sistem Komunikasi Pematuhan FUCHS, sila salinkan alamat internet (URL) di bawah ke dalam pelayar anda.:

https://www.bkms-system.net/FUCHS-Compliance-Communication

Contact
+49 (0) 621-3802-0