Personal prospects
Prospek peribadi
Syarikat yang berjaya mesti berkebolehan bergantung pada pekerja yang terlatih serta pasukan pengurusan yang terunggul. Melalui kemajuan bersasar dan individu kami mencipta peluang untuk pembangunan pekerja yang berterusan dan memastikan jawatan kosong di masa hadapan diisi sewajarnya. Sekiranya bersesuaian, posisi diisi dari dalam syarikat kami oleh individu yang kompeten dan berpengalaman. Penguasaan operasi perniagaan, keberkesanan serta orientasi pelanggan dan pekerja adalah syarat wajib sebagai seorang pekerja yang menanggung tanggungjawab di FUCHS.
Akademi FUCHS
Bagi memenuhi permintaan persekitaran yang sentiasa berubah, kami menyediakan sokongan yang diperlukan kepada pekerja kami dan melatih kemahiran serta kecekapan mereka dengan cara yang disasarkan. Akademi FUCHS ACADEMY bertindak sebagai institusi latihan global. Di sini kami menjalankan kursus latihan teknikal dan menyokong profesional jualan kami dalam pembangunan kepakaran teknikal mereka yang berterusan melalui pelbagai jenis latihan. Kursus-kursus mencabar yang ditawarkan oleh AKADEMI FUCHS diberikan sokongan tambahan oleh pelbagai tawaran dari unit setempat kami.
Keseimbangan budaya kerja
Kami menyedari kebolehan menggabungkan keluarga dan kerjaya sebagai syarat yang penting untuk komitmen dan prestasi pekerja kami. Oleh sebab demikian, kami percaya akan kepentingan untuk menyokong mereka menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh setiap fasa hidup – dari pengasuhan anak hingga ke penjagaan warga tua ahli keluarga.