Langkau ke kandungan


FUCHS telah pun bermula menyelidik penyelesaian masa hadapan

Syarat-syarat teknikal dan kawal atur produk pelincir, seperti undang-undang REACH dijangka akan bertambah ketat. Ini bakal mengakibatkan keperluan yang meningkat untuk pelincir berprestasi tinggi serta pengkhususan dan individualisasi produk yang semakin meningkat.

Bahan-bahan berprestasi tinggi yang baharu seperti plastik, bahan salutan atau titanium dan aloi aluminium yang digunakan dalam sektor aeroangkasa dan kejuruteraan perubatan memerlukan cecair pemprosesan yang bersifat serba baharu. Dalam bidang automotif pula, enjin yang semakin berkuasa meletakkan beban yang semakin berat terhadap sistem transmisi dan keperluan yang lebih tinggi berkenaan minyak yang digunakan. Cabaran utama dalam sektor ini – pembinaan ringan, penjimatan bahan api dan peningkatan motor elektrik – memerlukan bendalir dan gris yang inovatif.

Tindakan segera yang diperlukan berkenaan topik sosial dan persekitaran, seperti perubahan cuaca atau kekurangan sumber-sumber, mendesak pendekatan yang baru dalam rantaian nilai yang ditambah. Kata kunci termasuk Pengurangan CO2 , kecekapan tenaga, kecekapan bahan api, sumber-sumber regeneratif dan kitar semula. FUCHS sedang menghadapi cabaran-cabaran ini.


FUCHS terlibat dalam penyelidikan intensif bersama-sama pelbagai rakan kongsi

Projek ”Pegasus” oleh Kementerian Persekutuan Ekonomi dan Teknologi adalah projek penyelidikan bersama yang dilancarkan pada tahun 2009 untuk meningkatkan kecekapan tenaga dalam pemacu barisan kenderaan penumpang (motor, sistem penghantaran, galas). Sebanyak sepuluh syarikat dan institut sedang menjalankan penyelidikan tentang penyelesaian bahan-bahan dan pelincir yang menggalakkan penjimatan penggunaan bahan api.

Minyak mentah adalah sumber yang terhad. Menurut fakta ini, sumber pengganti diperlukan dalam industri bahan pelincir. Bahan-bahan mentah yang boleh diperbaharui termasuklah minyak berasaskan sayuran, seperti minyak sesawi. Perbincangan tentang “persaingan makanan” dari sudut penggunaan minyak sayuran telah membawa kepada pencarian bahan mentah alternatif yang tidak sesuai untuk penghasilan makanan atau foder (makanan ternakan). Oleh itu, FUCHS mengambil bahagian dalam inisiatif interdisiplin ”Nilai Biojisim Lanjutan” oleh Kementerian Persekutuan Pendidikan dan Penyelidikan Jerman (BMBF). Projek ini menumpukan terhadap pembangunan rantaian pemulihan sepadu untuk penukaran alga generasi ketiga dan biojisim berasaskan yis. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan bahan api penerbangan, bahan pelincir fungsian, dan bahan-bahan binaan baru. Lipid yang terkandung dalam beberapa jenis alga boleh digunakan untuk menghasilkan komponen pelinciran bergred tinggi.

Dalam inisiatif penyelidikan BMBF ”Jejak Karbon Sifar”, pengitaran semula aliran sisa berkarbon tinggi sedang disiasat untuk penghasilan biojisim fungsian. Projek ini bertujuan untuk menjana bahan-bahan yang boleh diguna semula daripada bahan buangan. Kata kunci di sini ialah sisa kepada nilai. Karbon yang terkandung di dalam air buangan perindustrian, enapcemar kumbahan dan gas serombong akan ditukarkan kepada blok binaan yang bernilai kepada pengeluaran perindustrian melalui mikroorganisma yang menggunakan sisa buangan sebagai substrat. Untuk FUCHS, fokus aktiviti penyelidikan tertumpu kepada bidang minyak asas fungsian dan bahan tambahan. Molekul kompleks boleh diperoleh melalui modifikasi enzim untuk digunakan sebagai bendalir asas atau bahan tambahan.

Pakatan penyelidikan “Technofunctional Proteins” BMBF sedang menyelidik hubungan fungsian struktur protein sayuran yang tidak sesuai untuk pengeluaran makanan dan foder. Projek ini dikhususkan untuk penggunaan protein diubahsuai sebagai bahan tambahan dalam skop pengilangan bahan pelincir. Jenis protein ini boleh diperoleh daripada bahan buangan pertanian.

Mobiliti elektrik juga memerlukan bahan pelincir. Penggunaan motor elektrik yang semakin meningkat untuk memacu mobiliti individu dan pembangunan lanjutannya mencipta keperluan baru terhadap bahan pelincir. Walaupun minyak enjin konvensional tidak digunakan, kenderaan elektrik dan secara khususnya kenderaan dengan ketumpatan kuasa tinggi masih memerlukan pelinciran (untuk putaran galas dan sistem transmisi) dan pendingin. Oleh itu, pemacu elektrik dalam automobil memerlukan pendekatan yang baru, bukan sahaja dalam usaha untuk mematuhi syarat-syarat tertentu, tetapi juga untuk memperbaiki sistem keseluruhan dengan penyelesaian baru. Salah satu cara FUCHS menangani perkara ini adalah melalui projek EU berterusan yang bertajuk “Optimized Electric Drivetrain by Integration (ODIN)”. Robert BOSCH GmbH adalah penyelaras projek ini, dan FUCHS merupakan rakan kongsi bahan pelincir.

Jack Smith
Telefon:00496213801111
Lorem ipsum dolor sit amet, consetetur sadipscing elitr, sed diam nonumy eirmod tempor invidunt ut labore et dolore.
John Doe
Telefon:123456789