Langkau ke kandungan

Perintis inovasi dan teknologi bahan pelincir

Kuasa inovatif tahap tinggi merupakan pemacu utama model perniagaan FUCHS. FUCHS memaparkan kecemerlangan kerana melebihi kelajuan biasa industri dari segi inovasi dan pengkhususan tahap tinggi. Matlamatnya adalah untuk terus membangunkan potensi pelincir; iaitu meningkatkan kecekapan serta melanjutkan kitar hayat produk, membangunkan pelincir pelbagai fungsi dan produk inovatif untuk keperluan teknikal dan kawal selia yang baru sekali gus menambahbaik kecekapan tenaga, proses dan kos. Dalam pada itu, kami komited kepada matlamat kelestarian dan cita-cita untuk membangunkan penyelesaian pelincir yang menyumbang kepada pemeliharaan sumber-sumber dan alam persekitaran.

Penekanan yang besar ditujukan kepada penyelidikan dan pembangunan di Kumpulan FUCHS. FUCHS kini mempunyai lebih daripada 600 projek penyelidikan dan pembangunan yang berterusan dan bertujuan untuk menilai potensi teknologi baru seperti nanoteknologi atau pelincir kuantiti minimum. Projek-projek ini disokong oleh kira-kira 400 jurutera dan ahli sains di 25 lokasi makmal di serata dunia. Kira-kira 10 % daripada pekerja makmal bekerja di bidang penyelidikan dan pembangunan – dan FUCHS terus melabur dalam melanjutkan perkembangan keupayaan teknikal dan kakitangan mereka. Pusat Teknologi ultra moden di ibu pejabat Mannheim menyelaraskan jaringan pakar dari seluruh dunia, menggabungkan kepakaran dan menyokong pemindahan pengetahuan tentang keperluan global.

Penyelidikan dan pembangunan produk yang memenuhi keperluan pelanggan kami

FUCHS secara langsung terlibat dalam pembangunan yang berorientasikan penggunaan dan bekerjasama dengan pelanggan kami dengan matlamat untuk menyesuaikan bahan pelincir secara optimum selaras dengan proses dan keperluan berkaitan jentera. Tambahan pula, FUCHS amat mementingkan penyelidikan asas dan mengekalkan komitmen dalam projek penyelidikan antara disiplin dan usahasama dengan universiti, institusi pendidikan, syarikat bioteknologi dan pelanggan seperti pengilang peralatan asal (OEM). FUCHS memiliki kapasiti makmal dan simulasi yang meluas. Pembangunan produk dilengkapi dengan suatu siri ujian yang intensif. Semua bahan pelincir yang digunakan dalam sektor kejuruteraan perubatan tertakluk kepada ujian sitotoksik dan sebarang potensi kerosakan sel dan tisu. FUCHS adalah antara beberapa pengeluar bahan pelincir yang menjalankan ujian sedemikian.

Jack Smith
Telefon:00496213801111
Lorem ipsum dolor sit amet, consetetur sadipscing elitr, sed diam nonumy eirmod tempor invidunt ut labore et dolore.
John Doe
Telefon:123456789