Langkau ke kandungan

Teknologi utama

Merintis teknologi XTL untuk generasi pelincir automotif baru yang memacu kemajuan yang ketara dalam bidang pengurangan penggunaan. Produk-produk berasaskan teknologi XTL yang serba baharu menunjukkan hasil yang mengagumkan dengan permulaan enjin sejuk yang lebih baik dan penggunaan yang lebih rendah dari segi bahan api dan minyak, sambil menawarkan stabilti penuaan dan pengendalian yang boleh dipercayai. XTL merupakan teknologi perumusan inovatif dengan ciri-ciri kebendaliran yang dioptimumkan dan tindak balas kelikatan mengikut suhu yang unik. FUCHS ialah peneraju inovasi dalam bidang ini.

Dengan teknologi CPX, FUCHS berjaya menetapkan tanda aras baharu dalam bidang perlindungan kakisan pada awal tahun 2012. Teknologi revolusioner dalam bidang pengekalan lilin. CPX memanjangkan tempoh perlindungan kakisan dan mengoptimumkan proses pengilangan dengan ciri-ciri saput umpama gel.

Dengan ECOCOOL PHH AL, FUCHS telah membangunkan pelincir pendingin yang mampu digunakan di seluruh dunia untuk penggunaan aeroangkasa yang sesuai untuk semua jenis kategori bahan, bebas boron dan biosida serta memenuhi keperluan REACH dan TSCA. Selain daripada bahan-bahan enjin pasaran standard (titanium, nikel dan aloi aluminium), ujian ini juga perlu dilepasi untuk keluli kekuatan tinggi yang terdahulu supaya diluluskan untuk kegunaan Lufthansa Technik.

TITAN GT1 0W20 ialah minyak enjin kelikatan rendah bebas zink yang dilancarkan pada tahun 90-an sebagai minyak enjin prestasi bebas zink yang pertama sebagai suatu platform teknologi untuk membuktikan kemungkinan menggabungkan teknologi bahan tambahan revolusioner dengan tahap kelikatan yang dianggap ultra-rendah pada masa itu dan masih lulus rejim ujian enjin yang paling sukar. Diperbuat daripada 50% bahan mentah yang boleh diperbaharui pada satu masa di mana kemampanan tidak dianggap sebagai pemandu industri: minyak enjin yang mendahului masa.   

Produk istimewa dari segi kemampanan ialah RENOLIN Xtreme Temp 46 yang baharu dibangunkan. Oleh kerana komposisinya yang istimewa, ia menunjukkan potensi penjimatan bahan api sebanyak 3% hingga 6% dalam penggunaan hidraulik kenderaan.

Produk dalam rangkaian RENOLIN ZAF B HT menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam rintangan haba dan oksidatif yang tinggi serta ciri-ciri perlindungan kehausan yang terhebat. Digabungkan bersama pelarut rafinat berasaskan minyak mineral, teknologi bahan tambahan bebas zink dan bebas abu yang inovatif menjamin ciri-ciri hidraulik dan minyak gear yang terhebat.

Dengan rangkaian produk ANTICORIT CPX, FUCHS telah membangunkan kategori perumusan yang baharu untuk perlindungan kakisan jangka panjang (10 tahun). Sistem lilin baharu ini menjamin perencatan air larian, pada kedua-dua suhu tinggi dan ambien biasa, tanpa menjejaskan penembusan ke dalam jurang dan bebibir. Ia juga mudah dibersihkan. Parameter individu – seperti masa pengeringan, kecenderungan air larian, tempoh perlindungan kakisan dan fleksibiliti saput – boleh disuaikan mengikut keperluan pelanggan. Teknologi CPX amat serba boleh dan sesuai untuk pelbagai penggunaan yang berbeza, sama ada untuk perlindungan rongga, pergudangan jangka panjang atau perlindungan kenderaan.

Dengan produk GLEITMO SFL 9025, FUCHS telah berjaya membangunkan salutan kering yang mengandungi bahan pelincir pepejal dan digunakan untuk bahagian-bahagian sistem transmisi dalam industri automotif. Salutan ini membolehkan proses penyesuaian terkawal, yang mendatangkan kesan semasa beberapa jam pertama operasi kotak gear dan membawa kepada hayat perkhidmatan yang dilanjutkan.

Produk RENOLIN GEAR VCI baharu merupakan minyak gear perindustrian prestasi tinggi yang menggabungkan ciri-ciri minyak gear berprestasi tinggi dengan perlindungan kakisan yang boleh dipercayai. Oleh kerana perlindungan kakisan fasa wap, produk ini menjamin perlindungan jangka panjang yang boleh dipercayai dan digunakan dalam sistem transmisi yang mempunyai tempoh penyelenggaraan yang lama atau yang disimpan untuk tempoh yang lama.

WISURA FSP 5002 ialah minyak pemotongan dan pembentukan logam prestasi tinggi yang tidak mengandungi sebatian klorin dan ia mewakili inovasi yang menyeluruh dalam bidang produk ini.

Dengan pelincir pendingin ECOCOOL GLOBAL 10, kami telah berjaya memenuhi keperluan dan spesifikasi pelepas dalam industri aeroangkasa. Produk ini yang dibangunkan secara khusus untuk aluminium pemesinan dan aloi titanium, mematuhi undang-undang di 19 negara peneraju aeroangkasa. Ia bebas daripada DEA, TEA, DCHA, klorin, formaldehid, silikon, dan boron dan ia sangat tahan pencemaran mikrobiologi. Selain itu, ia mempunyai kestabilan air keras yang sangat baik, tidak cenderung untuk membentuk busa dan juga direka untuk digunakan dengan air yang sangat lembut. Pelincir pendingin ini telah lulus ujian makmal yang komprehensif sejajar dengan protokol pemesinan syarikat-syarikat terkemuka aeroangkasa dan telah berjaya mengesahkan jangkaan tinggi pelanggan-pelanggan antarabangsa dalam pelbagai ujian lapangan kerja.

Jack Smith
Telefon:00496213801111
Lorem ipsum dolor sit amet, consetetur sadipscing elitr, sed diam nonumy eirmod tempor invidunt ut labore et dolore.
John Doe
Telefon:123456789