Langkau ke kandungan

Sejarah Kumpulan FUCHS

Peristiwa penting FUCHS dalam sejarah 90 tahun

1931

Penubuhan syarikat RUDOLF FUCHS di Mannheim. Import dan pengedaran produk berkualiti tinggi kilang penapisan Pennsylvania. Penubuhan perniagaan serantau minyak enjin

1936

Memulakan pengeluaran sendiri dan membuka pejabat perwakilan pertama di Munich.

1939

Tercetusnya Perang Dunia Ke-2 Import dihentikan untuk minyak Pennsylvania. Kehilangan pembekal minyak tradisional. Penempatan semula ke pelabuhan perindustrian Mannheim

1945

Akhir Perang Dunia Ke-2. Hasil penjualan mendadak ke tahap terendah.

1947

Fokus kepada industri pembekalan untuk pembinaan semula.

1948

Pelincir FUCHS digunakan di litar perlumbaan Jerman buat kali pertama.

1951

Penubuhan FUCHS LUBRITECH.

1952

Lebih daripada 200 pekerja buat kali pertama.

1959

Pengasas syarikat, Rudolf Fuchs meninggal dunia.

1960

Dr. Manfred Fuchs mengambil alih sebagai ketua syarikat.

1968

Langkah pertama dalam pengantarabangsaan melalaui penubuhan anak-anak syarikat di Perancis dan Sepanyol.

1971

FUCHS mengkhususkan portfolio produknya. Di Mannheim, 33 orang pekerja kini bekerja di bahagian penyelidikan, pembangunan dan jaminan kualiti.

1972

Syarikat menjadi sebuah kumpulan korporat. Pengembangan yang pesat melalui pengambilalihan dan penggabungan dari tahun 1972 hingga 1991.

1981

Ulang tahun ke-50. Syarikat telah berkembang menjadi sebuah Kumpulan dengan 80 syarikat pengeluaran dan perdagangan yang berbeza.

1985

FUCHS disenaraikan di bursa saham. Syer keutamaan disenaraikan di bursa saham Frankfurt dan Stuttgart.

1991

Berikutan pemerolehan pelincir, FUCHS melabur dalam langkah-langkah integrasi teknologi dan pengagihan, serta mengeksploitasikan potensi sinergi dan rasionalisasi. Fokus pada perniagaan bahan pelincir.

1994

Logo FUCHS baharu untuk seluruh Kumpulan. Logo moden dan dinamik merupakan langkah yang penting ke arah integrasi entiti individu.

2000

FUCHS PETROLUB ialah pembekal pelincir bebas terbesar. Hasil jualan seluruh dunia mencecah €900 juta dengan seramai kira-kira 4,000 pekerja.

2004

Stefan Fuchs menjadi Pengerusi Lembaga Eksekutif. Dr. Manfred Fuchs, yang memimpin FUCHS selama 41 tahun ke golongan kumpulan elit pengilang pelincir global, bersara dari Lembaga Eksekutif dan digantikan oleh anak lelakinya.

2006

FUCHS meraikan ulang tahun ke-75. Dengan lebih 4,000 pekerja di seluruh dunia pada kira-kira 60 unit operasi, Kumpulan ini menjana hasil jualan sebanyak €1.2 bilion.

2008

Kemasukan syer keutamaan di MDAX pada 23 Jun, 2008.

2010

FUCHS beriltizam kepada "Kod Etika Bertanggungjawab untuk Perniagaan".

2011

FUCHS mengenang kembali 80 tahun kejayaan.

2013

FUCHS PETROLUB AG mengubah bentuk korporat kepada Syarikat Eropah (Societas Europaea): FUCHS PETROLUB SE

2015

Buat kali pertama, FUCHS menjana hasil jualan sebanyak €2 bilion.

2016

FUCHS melancarkan program pelaburan yang terbesar dalam sejarah syarikat. Menjelang 2018, € 300 juta bakal dilaburkan dalam inisiatif pertumbuhan global.

Jack Smith
Telefon:00496213801111
Lorem ipsum dolor sit amet, consetetur sadipscing elitr, sed diam nonumy eirmod tempor invidunt ut labore et dolore.
John Doe
Telefon:123456789